5 Tips Untuk Move On



Hi semua, pernahkah anda mempunyai perasaan akan seseorang ? Dan orang tersebut sudah ada pasangannya sendiri. Justeru anda memendam perasaan anda akan crush anda....pasti sakit bukan!

Kadang-kadang, kita harus move on akan perasaan yang dialami. Kita juga harus mengerti bahawa tidak semua perkara perlu diluahkan dengan kata-kata. Di bawah adalah 5 tips untuk move on daripada perasaan anda: 


1) Buang semua gambar-gambar crush anda

Selalunya, jika menyukai seseorang, pasti kita menyimpan gambar orang tersebut untuk tatapan kita. Namun, pabila si dia sudah dimiliki atau mempunyai cinta orang lain, apakah ia berbaloi menyimpan gambar-gambar si dia. Pastinya tidak, kerana kita tidak mahu bayangan si dia menyelebungi kehidupan. 

Bak kata orang, ''Hidup perlu diteruskan''. Perlu diingat bahawa masa depan kita sedang menunggu kita di hadapan, jadi sebagai permulaan, anda harus membuang gambar-gambar tersebut. 


2) Elakkan bersemuka atau menghubungi crush anda

Ia adalah satu perkara penting yang mana anda harus atau cuba elakkan bertembung, bersua muka atau cuba-cuba menghubungi mereka melalui call atau sms. Lagi bagus, sekirannya anda tidak mengikut perkembangan crush anda di laman-laman sosial atau membuang nombor telefon crush anda dari phone anda. Ia nampak kejam, namun, sedikit sebanyak membantu anda untuk tidak sentiasa mengingat crush anda.



3) Isikan masa anda dengan aktiviti lain

Anda boleh menghadirkan diri ke aktiviti atau kegiatan yang boleh membuat anda sibuk. Di sini, anda hruskan sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti yang ada. Jangan biarkan fikiran 24 jam memikirkan crush anda, cuba sesuatu yang baru atau yang cari hobi baru untuk isikan masa anda. 

Contohnya, anda boleh masuk ke kelas memanah, menulis blog atau artikel, atau apa-apa yang anda minati. Dengan cara ini, anda akan lebih ke memfokuskan fikiran ke sesuatu yang anda minati. 


3) Elakkan atau kurangkan baca novel cinta buat sementara

Kenapa saya berkata begitu? Okay, perkara yang anda rasakan pada crush anda adalah cinta dan sekirannya membaca novel cinta, pasti anda akan lebih rasa ''berbunga-bunga'' dan agak sukar untuk melupakan crush anda. Hal ini kerana anda pasti bayangkan crush anda mencintai anda, dan perasaan anda terhadap crush semakin kuat. 

Jadi, anda betul-betul suka baca novel, bagaimana? Anda boleh beralih kepada genre novel lain, contohnya, novel thriller, keagamaan dan sebagainya. 

Bila anda sudah betul-betul boleh move on, anda boleh ''continue'' semula baca novel cinta. 



4) Buat sesuatu target dalam hidup anda

Apakah yang dimaksudkan akan target di sini? Okay, caranya, anda harus buat target atau perkar yang anda mahu capai dalam hidup. Contohnya, sebelum ini, ada impian untuk menjadi penulis blog , jadi, dari sini, anda jadikan impian anda sebagai target dan seterusnya anda perlahan-lahan melupakan crush anda kerana anda sudah alihkan fokus anda kepada target anda. 

5) Doa

Kenapa saya letak doa paling akhir? Kerana setiap usaha yang lakukan di atas, anda harus kembali semula kepada Tuhan, iaitu, berdoa. Tuhan yang memberikan cinta si dia dan dia juga la yang boleh menghilangkan cinta tersebut. Jadi, berdoa lah kerana Tuhan itu mendengar rintihan kita. 



Post a Comment

0 Comments