Panduan Ringkas Register Akaun Lazada


Lazada merupakan salah satu pembelian atas talian (Online Shopping) yang paling popular di Malaysia. Lazada pertama kali dilancarkan pada 2012 yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina, Sinagpura dan Vietnam. Setiap pembelian di Lazada, pelanggan harus mendaftarkan akaun di Lazada dengan cara yang mudah dan senang.



Bagaimana untuk mendaftar (register) akaun di Lazada? Berikut adalah cara-cara mendaftar akaun di Lazada:



1) Layari Lazada Website: https://www.lazada.com.my. Selepas itu, sila klik pada ''SIGNUP'' di bahagian atas kanan page.



2) Selepas itu, page akan ke register page Lazada


Di sini, anda boleh register Lazada melalui pilihan yang ada:



a) melalui e-mel

b) melalui nombor telefon

c) melalui Facebook

d) melalui Google +



-Untuk register Lazada akaun, harus e-mel atau nombor telefon yang belum pernah didaftarkan di Lazada. Setiap Lazada akaun hanya untuk satu e-mel dan nombor telefon sahaja. Sekirannya anda cuba untuk masukkan e-mel atau nombor telefon yang pernah didaftarkan, ada terdapat ''error'' untuk proses pendaftaran.





3) Isikan nombor telefon atau e-mel anda dan ''slide'' untuk dapatkan code daripada e-mel atau nombor telefon.




Selepas itu, code akan dihantar ke e-mel atau nombor telefon anda. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih lagi aktif.



Dalam masa yang sama, anda boleh ''diselect'' offer atau promosi di bawah sign up button yang mana kalau anda select, anda akan terima update terkini akan offer dan diskaun di Lazada melalui email.





4) Selepas isikan semua maklumat yang diperlukan, klik pada SIGN UP button dan pendaftaran akaun anda akan diproses oleh pihak Lazada.



Anda akan menerima ''email notification'' apabila pendaftaran sudah berjaya. Jangan lupa untuk lengkapkan maklumat di ruangan pendaftaran bagi mengelakkan masalah atau isu di kemudian hari. Hal ini kerana, nombor telefon atau e-mel amat diperlukan untuk tujuan pengaktifan Lazada Wallet.





5) Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh klik ''Login'' untuk masuk ke akaun anda:




Masukkan e-mel atau nombor telefon yang didaftarkan dan ''Password'', selapas itu, klik ''LOGIN''




Anda terus ke laman akaun Lazada anda. Di atas ialah contoh page akaun Lazada yang sudah disahkan (Verified Account). Di ruangan Manage My Account, anda boleh edit segala maklumat alamat penghantaran (shipping address) atau biling address, e-mel, nombor telefon.



Saya akan post berkenaan apa yang ada di ruangan akaun dan juga cara-cara membuat pembelian di Lazada di post akan datang.



Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.lazada.com.my/helpcenter/How-do-I-register-for-a-Lazada-account.html?spm=a2o4k.helpcenter-topic.articles-list.2.568954e2apuHNo





-the Hoopoes-






Post a Comment

0 Comments