7 Perkara yang Penting untuk Shopping Di Lazada



Online shopping atau pembelian dalam talian amat popular pada ketika ini. Kebanyakan masyarakat memilih online shopping sebagai pilihan yang terbaik di waktu yang penuh kesibukan. Lazada ialah salah satu platform yang paling popular untuk pembelian atas talian di Malaysia. Berikut ialah  panduan untuk membelah belah di Lazada. 


1) Pencarian barang di Lazada

Permulaan untuk pembelian ialah pencarian barang di Lazada. Di Lazada, anda boleh mencari barang yang diingini melalui ruangan ''Search'' yang tersedia atau boleh mencari barang melalui kategori di sebelah kiri page. 




Ruangan Search Lazada


Ruangan Kategori

Anda juga boleh filter pencarian barang melalui icon-icon yang tersedia di Lazada



2) Pencarian spesifik

Anda boleh filter pencarian barang secara lebih spesifik di sebelah kiri page seperti di bawah: 


Melalui pencarian tersebut memudahkan anda untuk membuat perbandingan akan barang yang dikehendaki. 


3) Masa Penghantaran

Sebelum membuat pembelian di Lazada, adalah dinasihatkan untuk melihat jenis penghantaran yang ada untuk barang yang dipilih. Di Lazada, terdapat beberapa jenis penghantaran barang iaitu ''Express, Standard dan Economy''. 


Lazada menyediakan ruangan poskod di mana memudahkan customer untuk semak jenis dan tempoh penghantaran yang ada untuk barang tersebut. Anda boleh masukkan nombor poskod alamat penghantaran di ruangan ''Delivery Option'' sebelah kanan atas page dan klik ''Save''



Page akan mempaparkan jenis penghantaran yang ada dan tempoh penghantaran ke poskod yang diberikan. Ia juga akan mempaparkan Cash of Delivery di sesuatu kawasan. Seperti contoh di bawah, Cash of Delivery tiada untuk kawasan alamat di Sabah. 


Selain itu juga, shipping fee akan dipaparkan mengikut tempat penghantaran dan berat (weight) barang . Contoh di atas, shipping fee - RM 10 dikenakan untuk penghantaran ke Sabah dan mengambil masa 5-17 hari penghantaran. 


4) Rating Seller

Anda juga boleh melihat rating seller untuk mendapatkan kepastian akan penghantaran barang dan feedback daripada customer lain akan seller tersebut. Anda boleh klik pada ''GO TO STORE'' dan klik pada ''Profile''. Di situ, anda akan melihat profile seller beserta feedback daripada customer yang pernah membuat pembelian dan anda boleh membuat penilaian sebelum membeli barang. 


Di situ, anda boleh lihat ''Positive Seller Rating'', ''Ship on Time'' dan ''Chat Response Rate''

Contoh di atas, yang mana customer amat berpuas hati akan seller tersebut. Anda boleh lihat tempoh masa seller bersama dengan Lazada. Melalui feedback daripada customer, membolehkan anda membuat penilaian serta perbandingan antara seller yang lain. ontoh 

Feedback yang baik dan positif dapat memberikan keyakinan kepada anda untuk meneruskan pembelian dengan seller. 


Contoh Feedback daripada customer


5) Chat Seller

Sekirannya anda mempunyai maklumat yang lebih lanjut akan barang di Lazada, anda boleh klik pada ''Chat'' button di sebelah kanan page (boleh rujuk pada gambar-gambar di atas). Di situ, anda boleh berkomunikasi secara langsung dengan seller akan apa-apa pertanyaan berkenaan barang atau penghantaran. 



Untuk chat seller, anda perlu login masuk ke akaun Lazada. Sekirannya tiada chat button untuk seller akan sesuatu barang yang cari, anda boleh hubungi terus Customer Service Lazada dan akan membantu anda akan barang tersebut. 

Nota: Tidak semua seller / barang mempunyai chat button. Sila hubungi Customer Service sekirannya anda mempunyai pertanyaan akan barang (untuk yang tiada chat button)



6) Return & Warranty

Ini adalah perkara yang paling penting sebelum membuat pembelian. Anda perlu pastikan tempoh ''Return Policy'' untuk barang tersebut dan juga tempoh waranti yang diberikan. Anda boleh lihat maklumt tersebut di ruangan sebelah kiri page: 


Contoh di atas, barang tersebut mempunyai 15 hari return policy (tempoh pemulangan barang bermula tarikh barang dihantar) dan tiada waranti (Waranti not available). Sekirannya terdapat masalah akan barang diterima, anda mempunyai 15 hari dari tarikh barang dihantar untuk tujuan pemulangan. 


7) Question About This Product

Ia sama dengan ruangan chat seller, namun ia lebih terbuka dan boleh dibaca oleh customer lain. Chat Seller , ia lebih privasi berbanding di ruangan Question About This Product. Anda boleh scroll page ke bawah dan boleh melihat pertanyaan daripada customer lain di page tersebut. 



Di sini, Lazada memberikan kemudahan kepada customer untuk bertanyakan akan produk dan barang kepada seller secara langsung. 





Lazada memberikan suatu kemudahan kepada customer untuk membuat penilaian sebelum pembelian. Anda boleh menggunakkan kemudahan tersebut untuk memilih barang dengan bijak. 




Post a Comment

0 Comments