Namun begitu, anda sebagai seorang pelanggan atau customer perlu mengetahui perkara-perkara penting sebelum membuat pembelian di online bagi mengelakkan penipuan. Oleh itu, 8 perkara yang perlu anda ketahui sebelum membeli di online shopping seperti berikut:
1) Kenalpasti platform pembelian yang sahih
Pada masa kini, terdapat banyak platform yang digunakan seller untuk memasarkan jualan mereka. Kebanyakan mereka menggunakan pihak ketiga seperti Lazada dan Shopee untuk menjual produk-produk mereka. Ada juga menggunakan mengunakan media sosial seperti Instagram atau Facebook yang lebih dekat dengan pelanggan mereka untuk mempromosi produk yang ada.
Sebagai seorang customer bijak harus mengetahui platform yang digunakan adalah sahih bagi mengelakkan penipuan berlaku seperti scammer. Hal ini kerana, pembelian online melibatkan transaksi bank yang akan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil data-data peribadi anda terutama sekali maklumat bank anda.
Antara platform atau website yang sahih untuk pembelian ialah seperti Lazada, Shopee, Amazon,
dan Zalora.
2) Kaedah pembayaran
Sebelum membuat pembelian di online shopping, sudah tentu perkara yang harus ketahui ialah cara pembayaran yang disediakan.
Berdasarkan pengalaman saya yang pernah beli barang di online shopping, saya akan melihat cara pembayaran yang selesa, mudah serta selamat untuk saya.
Sebagai contoh, sekirannya saya berminat akan produk yang ditawarkan namun saya rasa ragu-ragu dengan review seller dan saya memang mahukan produk tersebut, apa yang saya buat ialah memilih cara pembayaran melalui Cash on Delivery (COD).
Namun begitu, perlu diingat bahawa tidak semua produk mempunyai perkhidmatan COD dan ia bergantung pada polisi serta terma dan syarat yang disediakan oleh sesuatu website online shopping.
Antara kaedah pembayaran yang popular ialah online banking, kad kredit/debit dan installment. Terdapat juga pembayaran 7 Eleven bagi customer yang tidak mempunyai online banking untuk membuat pembayaran.
3) Polisi serta Terma dan Syarat yang ditetapkan
Ini merupakan salah perkara yang paling penting untuk anda ketahui sebelum meneruskan pembelian di online shopping. Kenapa anda mengetahui polisi serta Terma dan Syarat sesuatu website di online shopping?
Okay, sebagai contoh, anda sudah menerima barang daripada pihak kurier dan mendapati terdapat kerosakan pada barang tersebut. Jadi, apa yang anda harus lakukan? Nah, di sinila anda harus tahu polisi kerosakan barang yang diterima oleh anda.
Kebanyakan online shopping menyediakan polisi pemulangan dan ''refund'' untuk setiap kerosakan barang yang diterima. Ada juga polisi penggantian untuk barang tersebut. Jadi, anda mengetahui lebih lanjut apa polisi yang ditetapkan oleh platform online shopping yang dipilih.
Maklumat polisi yang ketahui akan memudahkan lagi proses urusan pembelian barang sebelum dan selepas diterima.
4) Review Customer terhadap Seller
Untuk mendapatkan kepastian akan sesuatu produk yang diminati, anda harus meneliti review daripada customer yang pernah membeli produk tersebut.
Melalui review tersebut, akan memberikan keyakinan untuk anda membuat keputusan sebelum membeli produk tersebut. Penilaian produk dari segi penghantaran dan kualiti barang daripada review yang dibaca memudahkan anda untuk memilih produk yang terbaik.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh terus hubungi seller melalui platform yang disediakan dalam website online shopping.
5) Baucer dan diskaun yang ditawarkan
Anda sudah ketahui review produk tersebut dan anda mahu membuat pembelian. Jadi, anda harus ketahui sekirannya ada baucer atau diskaun yang ditawarkan seller akan produk tersebut. Melalui penggunaan baucer dan diskaun membolehkan anda menikmati produk tersebut dengan harga yang lebih rendah dan berbaloi.
Terdapat website online shopping seperti Lazada dan Shoppee yang mana kedua-dua platform ini sering kali mengadakan jualan tahunan secara besar-besaran seperti Sale 12.12. Ia merupakan jualan yang paling besar dan customer boleh menikmati diskaun paling hebat dengan harga yang termurah sekali.
Contoh sale 12.12 Lazada
6) Penghantaran Barang
Penghantaran barang ialah melibatkan pihak kurier dan tempoh penghantaran yang diberikan. Sebelum membuat pembelian, pastikan ketahui jenis produk anda sama ada daripada produk tempatan atau luar negara (Cross boarder). Ini penting kerana tempoh untuk penghantaran produk tempatan dan luar negara adalah berbeza.
Anda perlu jangka produk luar negara mengambil masa yang lama untuk penghantaran ke Malaysia. Jadi pastikan anda ketahui tempoh penghantaran yang diberikan untuk sesuatu produk ke alamat penghantaran anda.
Dalam masa yang sama, jenis kurier yang dihantar juga penting untuk diketahui. Ada sebahagian kurier akan menelefon anda sebelum penghantaran di lakukan atau anda akan menerima SMS daripada mereka. Jadi pastikan nombor telefon yang diberikan adalah betul dan aktif bagi memudahkan penghantaran barang oleh mereka.
7) Helpcenter
Helpcenter atau pusat bantuan bagi customer yang memerlukan bantuan lanjut akan perkhidmatan online shopping. Anda perlu ketahui platform yang digunakkan untuk menghubungi pihak Khidmat Pelanggan online shopping sama ada melalui panggilan, chat atau e-mel.
Melalui helpcenter, anda boleh rujuk akan polisi yang ditetapkan oleh mereka.
8) Product Description
Sebelum anda membeli produk di online shopping, pasti anda mengetahui ''description'' produk tersebut. Dalam description akan dinyatakan kegunaan dan fungsi produk secara detail.
Pastikan anda betul-betul mengetahui produk yang anda hendak beli di online shopping. Anda juga boleh hubungi seller atau pihak khidmat pelanggan online shopping sekirannya anda perlu maklumat lanjut akan sesuatu produk sebelum pembelian.
0 Comments