Adakah anda pernah renew roadtax atau insurance kereta tanpa menggunakkan wakil ejen insuran? Okay, ini merupakan pertama saya renew roadtax dan insurance kereta sendiri. Bagaimana caranya?
Pengalaman saya renew roadtax dan insurance kereta adalah di Pejabat Pos Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Pos Malaysia menawarkan perkhidmatan renew RoadTax dan insurance kereta di Malaysia. Berapa insurance kereta dan roadtax yang perlu dibayar? Ia bergantung pada jenis insurance yang dipilih dan servis yang diberikan.
Untuk, saya memilih Etiqa untuk insurance kereta saya. Anda membuat pilihan insurance yang ada bersesuaian dengan servis yang diberikan. Untuk renew insurance pertama kali, anda akan diberikan diskaun NCD.
Apa itu NCD?
NCD atau No Claim Discount merupakan diskaun yang diberikan untuk yang layak dan setiap renew insurance. Maksudnya, setiap kali renew insurance kereta, anda akan diberikan NCD sekirannya tiada apa-apa claim insurance yang dibuat.
Jangan lupa semak juga nilai semasa kereta anda. Bagaimana untuk semak? Senang saje, anda boleh semak di laman web MyCarInfo . Disitu, anda boleh semak NCD yang anda layak terima.
Apa dokumen yang perlu dibawa ke Pos Malaysia untuk renew roadtax dan insurance kereta?
Pasti tertanya-tanya kan......
1) Anda perlu sediakan Cover Note (Insurance kereta).
Cover Note Insurance ialah dokumen yang diberikan oleh wakil ejen insurance pada mula-mula anda beli kereta. Dalam cover note tersebut, ada maklumat akan pembelian kereta yang dilakukan untuk insurance yang dipilih.
Masa saya beli kereta, saya guna Etiqa, insurance dalam 1000 lebih jugak..
2) Geran Kereta
Ini dokumen penting juga untuk renew Roadtax. Masa saya di Pos Laju, saya berikan juga salinan sticker roadtax kereta saya. So, ia memudahkan lagi tugas staff Pos Laju untuk urusan tersebut.
3) Kad pengenalan anda
Selepas itu, staf disitu akan bantu anda untuk semak insurance yang anda kehendaki. Mereka berikan pilihan insurance yang mengikut nilai kereta anda. Anda juga boleh tambah dalam insurance untuk cermin kereta anda.
Di kaunter Pejabat Pos, anda boleh confirmkan harga insurance mahukan. Dalam masa, anda boleh renew sekali roadtax kereta. Senang bukan.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Harap ia dapat membantu anda untuk urusan ini.
-the Hoopoes-

0 Comments