Cara Mengenalpasti Scammer di Malaysia


Scammer merupakan penipuan paling popular pada waktu ini. Banyak kes penipuan telah berlaku angakara terpedaya dengan scammer. Pada artikel kali, saya senaraikan 4 cara untuk mengenalpasti scammer di Malaysia:


1) Panggilan Scammer

Panggilan scammer ialah penipuan yang paling popular di kalangan masyarakat kini. Mangsa akan menerima panggilan daripada scammer yang menyamar sebagai pegawai bank, polis atau kastam untuk memperdaya mangsa.

Scammer melalui panggilan akan mereka cerita kononnya anda perlu membuat transaksi kepada mereka secepat mungkin. Selalunya, mereka akan mennyatakan yang nama anda akan blacklist oleh pihak bank disebabkan tunggakan hutang atau sebagainya.

Mereka akan mengarahkan anda untuk membuat transaksi sesuatu jumlah tanpa anda sedari ia adalah scammer. Untuk mengelakkan panggilan scammer, anda boleh install satu apps iaitu True Caller untuk menyekat panggilan scammer secara automatik.



2) Transaksi di luar platform online shopping

Ini menjurus kepada seller scammer yang mana meminta anda untuk membuat transaksi di luar platform website online shopping. Terdapat juga seller scammer yang mencari mangsa di platform online shopping dan menyamar sebagai seller. 

Bagaimana hal ini berlaku? Apabila anda melayari website online shopping dan melihat seller di satu laman page dan anda cuba menghubungi seller tersebut, namun, seller meminta anda untuk membuat transaksi di luar platform tersebut. 

Ia boleh jadi seller yang betul dan dipercayai, namun begitu, kebanyakannya ialah scammer untuk menipu. Product description akan seller tersebut juga tidak beberapa jelas dan menjual produk dengan harga tidak munasabah.

Sekirannya ia terjadi pada anda, sila laporkan kepada pihak khidmat pelanggan online shopping untuk tindakan lanjut.

Jadi, anda harus berhati-hati akan scammer begini.




3) Permintaan TAC daripada Scammer

Ini merupakan taktik baru daripada scammer yang meminta TAC code daripada mangsa. Anda tahu yang mana TAC code adalah sulit dan rahsia yang hanya diketahui oleh anda sahaja. Melalui TAC code membolehkan scammer mencuri jumlah akaun bank anda dan malah kemungkinaan data-data akaun anda. Sungguh bahaya!

Scammer akan message anda untuk meminta TAC code tersebut atas alasan tersalah daftar TAC atas nombor telefon anda. Jangan sesekali berikan nombor TAC tersebut kepada scammer dan segera
laporkan perkara tersebut kepada pihak polis.



4) Scammer COD (Cash on Delivery)

Scammer COD juga adalah taktik yang baru untuk penipuan scammer yang berlaku di Malaysia. Mangsa akan menerima barang daripada pihak kurier dan meminta untuk membayar barang tersebut walaupun tidak pernah membuat pesanan di mana-mana online shopping.

Sekirannya ia berlaku kepada anda, anda mempunyai hak untuk menolak untuk membayar barang COD tersebut (reject item at doorstep) jika anda tidak pernah membuat apa-apa pesanan barang.




Penipuan scammer menyebabkan ramai yang terpedaya dan tidak sedar akan penipuan yang berlaku. Oleh itu, pastikan anda sentiasa berwaspada dan berhati-hati akan penipuan scammer terutama sekali melalui online.

-the Hoopoes-

Post a Comment

0 Comments