Hi semua, selamat bertemu kembali. Pada kali ini, saya akan cerita secara ringkas cara-cara pembayaran yang ada di Lazada.
Pasti anda semua tertanya-tanya, bagaimana membuat pembayaran di Lazada. Jangan risau, artikel kali, saya akan menerangkan serba ringkas untuk membuat pembayaran di Lazada dengan mudah.
1) Online Banking
Pasti anda semua biasa akan penggunaan ''online banking'' pada tika kini. Online banking adalah salah satu platform yang kerap kali digunakan oleh kebanyakan ''online shopping'' di Malaysia termasuk Lazada.
Bank apa yang ada untuk online banking di Lazada? Okay, setakat ini, Lazada menerima beberapa bank untuk urusan online banking iaitu:
1) Public Bank
2) Ambank
3) Hong Leong Bank
4) RHB Bank
5) Cimb Bank
6) Maybank
Di atas adalah page payment di Lazada untuk pembayaran Online Banking. Anda perlu pilih bank yang ada di Lazada untuk meneruskan pembayaran barang anda. Seterusnya, anda akan direct terus ke laman website bank yang dipilih.
2) Kad Kredit/Debit
Pembayaran kad kredit dan debit juga merupakan pembayaran paling popular di Lazada. Cara pembayaran ini adalah sangat mudah di mana anda perlu masukkan maklumat kad anda and anda boleh teruskan pembayaran tersebut.
Maklumat yang diperlukan ialah:
*Card Number
*Name of Card
*Expiration Date
*CVV (nombor 3 digit terakhir di belakang kad anda)
Selepas itu, anda boleh klik ''Pay Now'' untuk teruskan pembayaran anda.
3) 7 - Eleven
Bagaimana kalau anda tiada online banking atau kad kredit/debit untuk membuat pembayaran? Jangan risau, Lazada juga menerima pembayaran melalui 7 Eleven. Bagaimana caranya?
Anda klik pada logo 7 Eleven, dan anda perlu membuat pembayaran di mana-mana kedai 7 eleven yang terdekat. Anda klik sahaja ''Pay Now'' untuk teruskan pembayaran.
Anda dapat satu page yang mana berserta dengan barcode untuk di scan bagi membuat pembayaran. Anda juga akan mendapat email daripada Lazada beserta barcode dan transaction ID untuk pembayaran tersebut. Sila bawa 7 eleven reference number pada page tersebut (anda print atau screenshot) dan mereka akan scan barcode itu.
Nota: Pembayaran 7 Eleven adalah masa 48 jam. Selepas 48 jam, order tersebut akan cancel secara automatik oleh sistem.
4) Lazada Wallet
Apa itu Lazada Wallet? Lazada Wallet merupakan salah satu cara pembayaran baru diperkenalkan oleh Lazada bagi memudahkan pembayaran. Anda perlu ''Top Up'' lazada wallet untuk membayar order melalui Lazada Wallet. Maksudnya, akaun anda ada duit untuk membuat pembayaran.
Anda boleh lihat di mana, wallet saya tidak mencukupi untuk membayar melalui Lazada Wallet, jadi, saya perlu top up Lazada Wallet dengan klik pada ''Top and Pay''
Setelah anda klik pada ''Top and Pay'' , anda perlu masukkan code verification untuk meneruskan Top Up di Lazada Wallet. Ini adalah keselamatan untuk akaun anda, kerana setiap pengaktifan Lazada Wallet ''link'' akan nombor telefon anda. Begitu juga sekirannya anda melakukan proses pengeluaran ''Refund'' daripada Lazada Wallet.
Pasti ramai tertanya, lebih baik guna 7 eleven atau online banking untuk membuat pembayaran. Okay, Lazada menyediakan beberapa faedah yang akan diterima customer sekirannya membuat pembayaran melalui Lazada Wallet mengikut terma dan syarat.
Pembayaran melalui Lazada Wallet akan menerima ''rebates'' dalam akaun mereka untuk pembelian seterusnya. Ia bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan Lazada. Saya akan bahaskan lebih lanjut akan penggunaan Lazada Wallet di artikel akan datang.
5) Installment
Lazada juga menyediakan pembayaran ''Installment'' untuk barang - barang tertentu. Untuk pengetahuan semua, installment hanya untuk barang berjumlah RM 500 ke atas. Untuk mengetahui syarat-syarat installment, boleh lawati link : https://www.lazada.com.my/helpcenter/How-can-I-pay-via-Installment-Payment-Plan.html?spm=a2o4k.helpcenter-topic.articles-list.1.64f84bd6M8QGx3
Cara pembayarannya sama dengan kad kredit/debit yang mana anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan dan klik ''Pay Now'' untuk teruskan pembayaran.
6) Cash Of Delivery (COD)
Cash of Delivery ialah pembayaran ketika penghantaran tiba kepada pihak kurier. COD di Lazada hanya untuk barang- barang tertentu dan kawasan yang ditetapkan sahaja. Kalau tidak silap, hanya kawasan bandar-bandar (tidak termasuk Sabah dan Sarawak).
Bagaimana untuk mengetahui yang kawasan alamat kita boleh COD?
Anda klik pada ''Buy Now'' dan klik ''Place Order'', anda akan nampak logo COD. Sekirannya anda boleh klik pada logo pilihan pembayaran tersebut, jadi anda boleh terus pembayaran melalui COD.
Selepas itu, boleh klik ''Confirm Order''.
Anda akan menerima order confirmation melalui email apabila pembayaran berjaya. Sekirannya anda tidak menerima email confirmation, sila hubungi Lazada Customer Service dengan segera untuk mereka bantu anda semak status pembayaran yang dilakukan. Selamat Shopping !
-the Hoopoes-
1 Comments
Klau guna kad debit Tu name on card Tu Nama bank ke Nama Kita sendiri
ReplyDelete