4 Perkara Menarik di Lazada!


Sebelum ini, saya sudah terangkan serba ringkas akan cara pembayaran di Lazada. Adakah anda tahu terdapat perkara yang menarik di Lazada yang perlu anda tahu. Sememangnya Lazada sering menawarkan pelbagai perkara yang menarik dan promosi yang hebat. Di sini, saya senaraikan 4 perkara menarik yang anda ketahui di Lazada:


1) Flash Sale



Apa itu Flash Sale? 



Flash Sale ialah produk-produk daripada pelbagai seller yang dijual dengan harga promosi/diskaun yang kaw-kaw. Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Terdapat tempoh untuk Flash Sale untuk masa-masa tertentu. Anda boleh lihat tempoh waktu sale berlangsung dan juga anda boleh lihat produk-produk sale untuk esok hari. 



Ia lagi gempak pada jualan sale terbesar Lazada, yang mana harga diskaun kaw-kaw diberikan daripada seller. Anda boleh lihat unit produk terjual untuk sesuatu produk tersebut. 



2) Laz Rewards




Laz rewards ialah cashback yang diterima oleh customer melalui pembayaran Lazada Wallet. Artikel sebelm ini, saya ada bahaskan sedkit akan pembayaran melalui Lazada Wallet. Anda boleh di sini : Cara Pembayaran di Lazada ?





Okay, Laz Rewards akan diberikan dalam bentuk ''rebates'' di akaun Lazada Wallet customer. Customer boleh gunakkan rebates atau cashback yang diterima untuk pembelian seterusnya di Lazada. 



Untuk pengetahuan semua, terdapat 3 bahagian (section) di ruangan Lazada Wallet iaitu, Top Up, Refund (withdrawal) dan Rebates. Ketiga-tiga section ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di Lazada. 



Untuk mengetahui terma dan syarat Laz Rewards, sila klik di sini : Laz Rewards. 










3) Voucher 


Perkara yang paling best sekali apabila membeli di Lazada ialah voucher dan diskaun. Lazada menawarkan diskaun dan voucher daripada seller untuk produk-produk di Lazada. Anda boleh kumpulkan voucher atau diskaun di page voucher dan boleh menikmati diskaun yang di tawarkan. 


Saya ada bahaskan berkenaan voucher di Lazada di artikel yang lepas, sila klik di sini


Sila rujuk pada gambar di bawah: 






4) Lazada Collection Point

Lazada Collection adalah di mana membolehkan customer self pick up item yang dibeli di collection point yang ditetapkan. Ia masih lagi baru dilancarkan dan hanya untuk kawasan Lembah Klang sahaja. Melalui collection point dapat memudahkan customer untuk mengambil item yang telah dibayar di Lazada. 



Sila klik di sini : Collection Point untuk maklumat lanjut


Ini lah 4 perkara yang menarik yang perlu anda ketahui di Lazada. Selamat Shopping!

-the Hoopoes-













Post a Comment

0 Comments